Tech & Science Penderia LiDAR Berkeadaan Pepejal 180 Darjah, Leddar Pixell Milik...

Penderia LiDAR Berkeadaan Pepejal 180 Darjah, Leddar Pixell Milik LeddarTech, Menerima Anugerah Produk Cemerlang & Inovatif daripada Persatuan Industri Elektronik Automotif Shenzhen

-

QUEBEC CITY, Sept. 23, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, peneraju teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1 hingga Tahap Five berbesar hati mengumumkan penerimaan Anugerah Produk Cemerlang & Inovatif untuk Leddar™ Pixell oleh Persatuan Industri Elektronik Automotif Shenzhen (SZAEIA) di majlis anugerah pada 10 September 2020 di Shenzhen, China.

Anugerah Produk Cemerlang & Inovatif ini berfokus pada produk yang memberikan impak kepada industri automotif China. Dari tahun ke tahun, anugerah ini mendapat reputasi keyakinan dalam industri automotif China disebabkan proses penilaiannya yang ketat dan panel hakim pakar yang bertaraf dunia. Penerima anugerah diiktiraf secara meluas dan dihormati oleh industri automotif antarabangsa. Anugerah ini meliputi pelbagai syarikat yang menyokong industri automotif China, termasuklah syarikat kereta bersaiz besar dan sederhana, pengeluar kenderaan, pembekal Peringkat 1-2, universiti dan institusi penyelidikan saintifik.

Selain memberikan sumbangan besar dalam menggalakkan teknologi automotif dan aktiviti inovatif, anugerah ini juga mempunyai pengaruh besar dan kedudukan yang kukuh, bukan sahaja dengan industri kereta China, tetapi juga dengan komuniti saintifik antarabangsa. Persatuan Industri Elektronik Automotif Shenzhen (AEIA) yang ditubuhkan pada tahun 2010 ini, merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan yang terdiri daripada elektronik auto dan perusahaan alat ganti berkaitan di Shenzhen yang terdiri lebih daripada 500 ahli di seluruh China buat masa ini.

Leddar Pixell merupakan LiDAR berkeadaan pepejal yang paling kukuh dalam pasaran. Penderia ini memberikan medan penglihatan (FoV) mengufuk 180 darjah dan boleh menyediakan perlindungan 360 darjah pada kenderaan apabila empat modul digunakan. Leddar Pixell menawarkan rintangan kejutan dan getaran yang terbaik dalam kelasnya, memenuhi keperluan ISO 16750-Three dan mematuhi usual SAE J1455 untuk penerobosan debu tebal dan menempatkan Leddar Pixell untuk digunakan dalam pasaran kenderaan industri yang memerlukan keteguhan dan ketahanan. Selain itu, Leddar Pixell juga diperakui IP67 dan memberikan MTBF lebih daripada 148,000 jam, yang setara dengan sepuluh kali penyelesaian imbasan.

Also Read  Aisle Rocket Launches Complicated Predictive Analytics for Fb Advertisers

Leddar Pixell sesuai untuk kenderaan ulang-alik, teksi robotic, ADV dan kenderaan luar jalan lain yang digunakan dalam pembinaan, pertanian dan perlombongan.

“LeddarTech sangat berbangga menerima Anugerah Produk Cemerlang & Inovatif untuk Leddar Pixell oleh Persatuan Industri Elektronik Automotif Shenzhen (SZAEIA),” ulas Dr. David Cheskis, Naib Presiden Pengurusan Produk di LeddarTech. “Leddar Pixell mula-mula diiktiraf dengan anugerah di CES 2020 dan anugerah daripada organisasi berprestij seperti SZAEIA, adalah sesuatu yang hebat.” Dr. Cheskis meneruskan lagi, “LeddarTech komited untuk membangunkan produk dan penyelesaian yang membolehkan keselamatan lebih meluas sambil mempercepat ADAS dan AD. Leddar Pixell, yang sedang dikerahkan di seluruh dunia, merupakan contoh strategi produk inovatif dan perintis kami.”

Also Read  Aisle Rocket Launches Complicated Predictive Analytics for Fb Advertisers

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi dari Tahap 1-5.

Also Read  Leddar Pixell, sensor LiDAR de estado sólido de 180 grados de LeddarTech, recibe el Premio al Producto Excelente e Innovador de los angeles Asociación de los angeles Industria de Electrónica Automotriz de Shenzhen

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFb, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat International, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
[email protected]

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan brand berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

Latest news

Google is popping off face retouching through default on Pixel units

Taking selfies has grow to be a revered conference within the time of on-line media. But, our fixation on...

Hathras SP and four others suspended: The Indian Democracy suffering

The village in Uttar Pradesh’s Hathras the place a 19-year-old Dalit woman used to be allegedly gang-raped sooner than...

C’est maintenant mais pas n’importe remark

C’est devenu une réalité ! Le e-commerce B2B est une supply majeure d’opportunités pour le trade inter-entreprises. Boosté notamment...

Black Hat Europe 2020 Briefings Divulge New Cellular Vulnerabilities, Bluetooth Flaws, Assaults on PDF Paperwork and Extra

SAN FRANCISCO, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, the sector’s main manufacturer of knowledge safety...

Bango and Evergent pair as much as enlarge OTT choices, holding shoppers on-line and entertained London Inventory Alternate:BGO

CAMBRIDGE, United Kingdom, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bango (AIM: BGO), the worldwide platform for data-driven...

Umfrage identifiziert digitale Innovationslücke zwischen Marktführern und Nachzüglern; Ergebnisse zeigen ein verstärktes Streben nach „Virtual First, Virtual Rapid“

SAN FRANCISCO und BERLIN, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Contentful hat heute die Ergebnisse der branchenweit...

Must read

Google is popping off face retouching through default on Pixel units

Taking selfies has grow to be a revered conference...

Hathras SP and four others suspended: The Indian Democracy suffering

The village in Uttar Pradesh’s Hathras the place a...

You might also likeRELATED
Recommended to you