Tech & Science LeddarTech Memperoleh Aset Phantom Intelligence

LeddarTech Memperoleh Aset Phantom Intelligence

-

QUEBEC CITY, Sept. 23, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD tahap 1-5, dengan sukacita mengumumkan pemerolehan aset Phantom Intelligence, termasuk semua harta intelek dan teknologinya.

Phantom Intelligence yang ditubuhkan pada tahun 2011, diiktiraf untuk kepakaran mereka dalam pemprosesan isyarat dan teknologi LiDAR yang melindungi pengguna jalan raya rentan (VRU) serta meningkatkan keselamatan dan kelancaran perjalanan dengan menawarkan penyelesaian yang membolehkan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang dipercayai.

Urus niaga Phantom Intelligence pada 14 September 2020 mewakili pemerolehan kedua oleh LeddarTech dalam tempoh tiga bulan yang lepas. Pada Julai 2020, LeddarTech memperoleh VayaVision, sebuah syarikat pergabungan penderia dan teknologi persepsi yang berpangkalan di Israel. Pemerolehan Phantom Intelligence memberikan akses kepada LeddarTech terhadap reka bentuk khusus dan perisian LiDAR serta pelanggan berkaitan dan projek rakan kongsi. Syarikat dan harta inteleknya akan beralih di bawah jenama LeddarTech.

“Pemerolehan Phantom Intelligence akan memajukan lagi strategi kami untuk mengagregat dan menggabungkan teknologi penderiaan automotif, seterusnya membolehkan LeddarTech menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan kami pada kos lebih rendah,” ujar En. Frantz Saintellemy, Presiden dan COO di LeddarTech. “Walaupun dengan pandemik COVID-19, kami telah mempercepat usaha kami ke arah menyediakan berbilang pasaran pengangkutan dan kenderaan dengan penyelesaian penderiaan hujung ke hujung di LeddarTech, yang memberikan pelanggan ADAS dan AD kami laluan yang lebih pantas ke pasaran pada kos yang lebih rendah,” sambung En. Saintellemy. “Pemerolehan VayaVision dan Phantom Intelligence, digabungkan dengan kepakaran kami selama sedekad dalam teknologi penderiaan T1-Five ADAS dan AD perintis, ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi dan perkhidmatan yang berterusan terhadap pelanggan Peringkat 1-2, OEM dan pelanggan mobiliti berautonomi,” simpul En. Saintellemy.

Also Read  Sensor LiDAR Forged-State 180 Derajat dari LeddarTech, Leddar Pixell, Meraih Penghargaan Produk Terbaik & Inovatif dari Shenzhen Car Electronics Trade Affiliation

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Also Read  Leddar Pixell เซ็นเซอร์ LiDAR โซลิดสเตต 180 องศาของ LeddarTech ได้รับรางวัลผลิตภัณฑ์ที่โดดเด่นและเป็นนวัตกรรมโดย Shenzhen Automobile Electronics Business Affiliation

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedInTwitterFb, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat International, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
[email protected]

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan emblem berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Latest news

Google is popping off face retouching through default on Pixel units

Taking selfies has grow to be a revered conference within the time of on-line media. But, our fixation on...

Hathras SP and four others suspended: The Indian Democracy suffering

The village in Uttar Pradesh’s Hathras the place a 19-year-old Dalit woman used to be allegedly gang-raped sooner than...

C’est maintenant mais pas n’importe remark

C’est devenu une réalité ! Le e-commerce B2B est une supply majeure d’opportunités pour le trade inter-entreprises. Boosté notamment...

Black Hat Europe 2020 Briefings Divulge New Cellular Vulnerabilities, Bluetooth Flaws, Assaults on PDF Paperwork and Extra

SAN FRANCISCO, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, the sector’s main manufacturer of knowledge safety...

Bango and Evergent pair as much as enlarge OTT choices, holding shoppers on-line and entertained London Inventory Alternate:BGO

CAMBRIDGE, United Kingdom, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bango (AIM: BGO), the worldwide platform for data-driven...

Umfrage identifiziert digitale Innovationslücke zwischen Marktführern und Nachzüglern; Ergebnisse zeigen ein verstärktes Streben nach „Virtual First, Virtual Rapid“

SAN FRANCISCO und BERLIN, Sept. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Contentful hat heute die Ergebnisse der branchenweit...

Must read

Google is popping off face retouching through default on Pixel units

Taking selfies has grow to be a revered conference...

Hathras SP and four others suspended: The Indian Democracy suffering

The village in Uttar Pradesh’s Hathras the place a...

You might also likeRELATED
Recommended to you